Merchantrade Sasar Ganda Nilai Transaksi eRemit

Published By Berita Harian Online
Blog Detail

Meningkat Dua Kali Ganda Nilai Transaksi eRemit Menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB), Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), berhasrat meningkat dua kali ganda nilai transaksi eRemit menjelang 2020 berikutan perlaksanaan sistem perkhidmatan elektroniknya, Know-Your-Customer (e-KYC).

Merchantrade berkata perlaksanaan e-KYC akan diintegrasi dengan eRemit, portal aplikasi pengiriman wang mudah alih yang pernah menggondol anugerah dan dijangka beroperasi secara 'live' pada awal suku kedua 2018.

"Kami sudah menerima kelulusan dari Jabatan Pengawasan MSB Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan e-KYC.

"Dengan e-KYC, pemohon baharu kini ada cara yang lebih mudah untuk mendaftar bagi pengalaman digital yang menyeluruh dalam urusan pemindahan wang melalui eRemit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

eRemit adalah perkhidmatan pengiriman wang dalam talian yang dibangunkan pada 2011. Ia merekodkan nilai transaksi sebanyak RM700 juta pada tahun lalu. -BERNAMA